Thursday 10 October 2013

2 Gambar ngeri warga asing maut tubuh dikisar dalam mesin pembancuh simen

Posted By: TTO Admin - 10.10.13


Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut selepas tubuhnya dikisar mesin pembancuh simen ketika membersihkan sisa simen di dalam tangki lori berkenaan di tapak pembinaan rumah di Kampung Cahaya Baru Batu 3 di sini, semalam.

Mangsa, Bakis Jaujan, 37, pekerja tapak pembinaan itu dikatakan masuk ke dalam tangki pembancuh terbabit untuk mencucinya.


Bagaimanapun, rakannya yang tidak menyedari mangsa berada di dalam tangki pembancuh itu menghidupkan enjin lori menyebabkan mesin pembancuh berkenaan berputar.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena bilah besi pada mesin pembancuh itu.

Difahamkan, kejadian disedari selepas seorang pekerja di tapak pembinaan itu menjerit mengatakan ada pekerja di dalam mesin pembancuh simen berkenaan. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab