Tuesday 8 October 2013

Pelatih PLKN,17 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati

Posted By: TTO Admin - 8.10.13


PEKAN – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Rompin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakan pelatih kem tersebut pada 22 September lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Kampung Seri Makmor, Muar, Johor itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara pukul 1.30 petang hingga 10.30 malam di Dorm L1C dan L2C mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh yang diwakili peguam Mohd. Farid Abdul Aziz itu boleh dihukum gantung sampai mati.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah. Kes akan disebut semula pada 11 Disember depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Syamsul Kahar Nadri tidak menawarkan sebarang jaminan dan tertuduh dihantar ke penjara Penor di Kuantan. -Kosmo!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab