Thursday, 3 October 2013

Lukisan The Malay Bride dijual RM6.23 juta dalam satu lelongan di London

Posted By: TTO Admin - 3.10.13


KUALA LUMPUR - Sebuah lukisan bertajuk The Malay Bride (Pengantin Perempuan Melayu) karya pelukis terkenal Afrika Selatan, Irma Stern dijual pada harga 1.20 juta pound (RM6.23 juta) pada lelongan Karya Seni Afrika Selatan Bonhams di London semalam.

Lelongan itu diadakan bersempena tarikh lahir pelukis berkenaan (2 Oktober), kata kenyataan Bonhams, syarikat yang ditubuhkan pada 1793 dan antara pelelong karya seni halus dan barangan antik terbesar dunia.

Stern, yang meninggal dunia ketika berusia 72 tahun pada 1966, dianggap antara pelukis tersohor Afrika Selatan.



Giles Peppiatt, pengarah seni lukis Afrika Selatan di Bonhams berkata karya agung ’The Malay Bride’ diselimuti misteri.

"Wajah dan pakaiannya boleh memberi petunjuk tentang siapa dirinya — seorang pengantin perempuan yang cantik, terhormat lagi anggun — tetapi keperibadiannya tersembunyi di sebalik rona yang digunakan, tekstur serta hasil kerja pelukisnya yang sukar dibuat tafsiran. Di situlah terletak kecantikannya yang mempesona,” kata beliau. - Bernama

#Harap tidak memberi kesan kepada harga wang hantaran!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab