Friday 4 October 2013

Rowan "Mr Bean" Atkinson sah tidak peluk Islam - Agen

Posted By: TTO Admin - 4.10.13

Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali.

Menurut jurucakap Rowan, Lucy Fairney mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam.

Semuanya bermula bila ada khabar angin yang dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam adalah selepas doa menonton filem Innocent of Muslim iaitu filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Namun berita yang didakwa www.israellycool.com ini tidak sahih kerana tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian seluruh umat Islam dan negara-negara Islam.

Pada masa yang sama, Mr Bean sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah memeluk agama Islam.

Sebelum ini khabar berterbangan dengan cerita pengislaman ini bermula dengan sebuah portal daripada negara seberang menulis tentang reaksi Mr Bean apabila ditanya mengenai status agamanya sekarang.

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut mendakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam.

#Cepat betul berita ini tersebar. Namun semoga Mr. Rowan dimasa hadapan diberi hidayah...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab