TERGAMAM dan terkejut. Itu reaksi Mawar Abdul Karim apabila pandangannya tiba-tiba dipenuhi dengan cahaya lensa jurugambar yang memenuhi ruang pawagam secara tiba-tiba.
Mawar sebenarnya dijemput khas oleh aktor kacak, Fizo Omar untuk hadir ke pawagam Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.
Namun, tanpa disangka Mawar, itu hanya helah kejutan Fizo buat dirinya.
Ini kerana bagaikan adegan drama, Fizo melangkah masuk bertemu Mawar yang masih terpinga-pinga dengan kejutan yang dilakukan dengan membawa sejambak bunga.
“Sudikah you menjadi pasangan sehidup semati I?”, begitulah ayat pertama yang terpacul daripada mulut Fizo tatkala melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada pengusaha tudung Fareeda itu.
Jelas kelihatan gadis berusia 24 tahun itu tersipu malu ingin menjawab soalan bakal suaminya di hadapan kaum keluarga dan pihak media yang hadir pada majlis tersebut.
“Fizo beritahu, hari ini sepatutnya ada pelancaran untuk promosi kariernya, namun pada minit terakhir ia dibatalkan dan dianjak ke sebelah petang. Oleh kerana itu, dia mengajak saya menonton wayang sementara menunggu majlis tersebut.
“Pada mulanya memang saya akui tidak perasan apa-apa kelainan. Namun, setelah melihat Fizo muncul dalam tayangan tersebut, saya menjadi pelik.
“Saya terkejut sebenarnya dan tidak sangka Fizo akan lakukan kejutan begini. Saya juga sangat gementar ketika diajukan soalan (lamaran) oleh Fizo,” jelas Mawar tentang perasaannya selepas dilamar Fizo.
Bagi Fizo pula, selain ingin mengabadikan kenangan indah bersama bakal isterinya itu, dia juga ingin berkongsi momen istimewa tersebut bersama peminatnya.
“Saya sukakan kelainan. Saya memilih untuk melakukan dalam pawagam kerana ia sebenarnya sangat signifikan dengan diri saya yang menjadi seorang anak seni.
MAWAR langsung tidak menyangka Fizo melakukan kejutan buat dirinya.
“Mengenai video tersebut pula, setiap babak punya kisah tersendiri yang mengisahkan tentang saya dan Mawar.
“Diambil sebagai contoh, Hot Burger iaitu bisnes saya kini serta bagi Mawar pula tudung Fareeda.
Ada juga berbentuk iklan yang saya masukkan seperti Line, Drive M7, Celcom, Ducati yang mana saya merupakan duta kepada produk-produk tersebut,” tuturnya yang turut memberitahu bahawa video tersebut akan dimuat naik dalam laman YouTube kelak.
Restu keluarga

Memandangkan Fizo dan Mawar sangat rapat dengan keluarga mereka, maka segala keputusan yang dibuat juga di atas persetujuan keluarga kedua-dua pihak.
Usai majlis merisik yang berlangsung pada 26 Ogos lepas, Fizo dan Mawar bersetuju untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan mereka.
“Jika ikutkan kami berdua tidak mahu bertunang dan terus berkahwin sahaja.
“Namun, mengikut nasihat dan adat kedua keluarga, kami ambil keputusan untuk bertunang juga. Insya-Allah jika semuanya berjalan dengan lancar, kami akan bertunang pada 9 November dan akan melangsungkan pernikahan pada keesokan harinya iaitu 10 November.
“Kedua-dua majlis tersebut akan diadakan di kediaman Mawar sendiri yang bertempat di Country Heights, Kajang, Selangor.
“Sebelum itu juga, akan diadakan majlis khatam al-Quran dan majlis berinai di tempat yang sama,” jelas Fizo yang masih belum merancang tentang majlis resepsi mereka.
Ujarnya lagi, tentang perancangan kasar majlis resepsi kelak, ia akan dilakukan dalam masa terdekat dan paling lewat berkemungkinan pada bulan Januari, 2014.
Berbicara mengenai lokasi pula, majlis tersebut bakal diadakan di tiga lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Kelantan.
“Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang tema untuk majlis tunang dan nikah. Hanya sederhana dan biasa sahaja, kerana itu kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut di rumah dengan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak saudara.
DALAM hati Fizo kini dimiliki Mawar.
“Namun, Insya-Allah, mungkin ketika majlis resepsi kelak kami akan jemput lebih ramai orang,” tuturnya mengenai tema dan persiapan majlis.
Gurauan jadi kenyataan
Ditebak persoalan tentang awal perkenalan mereka, ujar Fizo, kisah cinta mereka bermula pada tahun lepas setelah jejaka dari Kelantan itu hadir ke pelancaran butik Fareeda di Bangi, Selangor.
Bicaranya lagi, setelah membeli beberapa helai tudung buat ibunya, Fizo sempat bergurau dengan mengatakan, selepas ini dia ingin membawa pulang model tudung Fareeda pula.
“Namun, setelah itu kami tidak berhubung selama setahun dan awal tahun bulan Mac atau April 2013 kami bertemu semula atas urusan kerja.
“Dari situ, kami mula rapat dan berkawan. Bagaimanapun, jujur saya akui, agak sukar untuk mendekati Mawar kerana sikapnya yang sangat tegas,” tutur Fizo yang mula rapat sejak enam bulan yang lalu.
Cerita gadis kelahiran Pulau Pinang itu pula, Fizo menjadi pilihan hatinya kerana pada mata gadis itu, Fizo merupakan seorang jejaka yang mementingkan keluarga.
Tambahnya, selain itu komitmen terhadap karier serta kesungguhan Fizo melembutkan hatinya membuatkan Mawar akhirnya akur dengan lelaki yang juga mendapat restu dan pilihan keluarganya itu.

KONGSI
& Komentar
Tweet