Kontroversi ini bermula apabila Shila Amzah menerusi laman Twitternya menulis pendapatnya mengenai filem Bencinta yang sedang ditayangkan di pawagam.
Apabila ditanya pendapat mengenai hal ini, Sharnaaz Ahmad berkata kepada Sinar Harian:-
Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri.
Saya dah lama memaafkan ‘mereka’. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikir kerja.
Namun Shila Amzah menerusi tweet terbarunya memaklumkan apa yang ditulisnya sebelum ini tidak dikaitkan dengan sesiapa pun. Jadi ini bermakna ia tiada kaitan dengan Sharnaaz Ahmad.
Jadi janganlah kaitkan mereka berdua lagi. Diorang pun dah bahagia dengan hidup masing-masing. Peminat pun bolehlah lupakan kisah silam mereka. Memang dah tertulis tiada jodoh antara mereka berdua. Tak perlulah kita nak masuk campur sangat. Tak gitu? - Beautifulnara.com
KONGSI
& Komentar
Tweet