Friday, 11 October 2013

Jika penjenayah berparang, Hadi saran bersilat. Tembak perlu kena pada tempat katanya

Posted By: TTO Admin - 11.10.13


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, boleh menembak penjenayah tetapi "perlu kena pada tempatnya".

"Kita kena tahu dia penjenayah atau pun tidak. Kalau dia bersenjatakan parang sahaja, anggota polis kita banyak yang tahu silat. Cukuplah, sepadan dengan penjenayah itu.

"Penjenayah ada kecil besar," katanya ketika diminta mengulas berhubung kenyataan kontroversi "tembak dulu" oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini.

Diminta menjelaskan pendiriannya sama ada bersetuju atau tidak, Abdul Hadi menjawab:

"Tindakan (menembak) boleh, tapi kena pada tempatnya. Bukan tak boleh, (tapi) kena pada tempatnya," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Zahid kerana "tidak membaca dan tidak mengetahui soalan yang dikemukakan" terhadap menteri tersebut.

'Matlamat tidak menghalalkan cara'

Mengulas kenyataan Zahid itu, Salahudin (kanan) berkata pihak keselamatan perlu merujuk kepada standard prosedur operasi (SOP) untuk menembak jenayah sekalipun dalam kritikal mana situasinya.



"Saya rasa walau apapun isunya, perlembagaan dan peraturan tidak boleh dikebelakangkan.

"Apa yang harus diperbetulkan adalah kaedah atau pendekatan yang perlu diambil oleh pihak keselamatan... Matlamat tidak boleh menghalalkan cara," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang itu.

Sementara itu, Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyindir Abdul Hadi dengan menganggap kenyataan presiden PAS itu sebagai satu penghinaan terhadap anggota polis.

Katanya, kenyataan pemimpin itu didakwanya mempersenda dan memperkecil peranan polis menjaga keamanan negara.-Malaysiakini

#Hmmm... 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab