Thursday 7 November 2013

UPDATE: Polis berjaya tahan Puan Rozita, Pemilik Taska Permata Harapan

Posted By: TTO Admin - 7.11.13

Terkini, 11/7/2013: Polis menahan Pemilik Taska Permata Harapan, Taman Melati yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35 untuk siasatan dalam kes penderaan kanak-kanak di taska tersebut. Wanita berkenaan serah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 10.30 pagi.

Berita penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dalam berita Edisi 7 di NTV7, pukul 1 tengah hari tadi.

Sebelum ini, Puan Rozita telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 Nov lepas. Video rakaman penderaan kanak-kanak tersebut telah menjadi viral di media sosial. Rata-rata rakyat Malaysia yang melihat video tersebut berang dan melemparkan cacian serta makian kepada pengasuh tersebut. 

Wajah Puan Rozita masih tidak dipaparkan sehingga ke hari ini. Beliau mempunyai akaun Facebok peribadi dan membuka Facebook Fan Page untuk Tadika Permata Harapan. Namun, kedua-dua laman tersebut telah dipadam setelah penyebaran video tersebut secara meluas.

Beliau akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak. -TengokTvOnline



Artikel berkaitan:

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab