Satu lagi isu besar yang menimbulkan kegusaran dihati rakyat Malaysia apabila kereta melebihi 12 tahun dikatakan bakal diharamkan di jalan raya. Alasan Ketua Pengarah MIROS yang mengatakan kereta lebih 12 tahun tidak selamat telah dibidas pelbagai pihak tidak kira dari blok pro kerajaan mahupun pro pembangkang. Ikuti satu artikel menarik daripada blog pro-kerajaan Mymassa yang mempertikaikan alasan yang diberikan oleh KP Miros tersebut:
Roadworthiness or streetworthiness is a property or ability of a car, bus, truck or any kind ofautomobile to be in a suitable operating condition or meeting acceptable standards for safedriving and transport of people, baggage or cargo in roads or streets. - Wikipedia
Kata kunci untuk menentukan sama ada sebuah kenderaan itu selamat atau tidak. Artikel ini merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah MIROS bahawa kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat di jalan raya.
Baca seterusnya di sini : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=993752
Andaikan sebuah kereta sebagai manusia. Berusia tidak bermakna tidak sihat. Ada yang lebih muda menemui ajal lebih dahulu dari yang lebih berusia. Mengapa?
Kerana ada di antara yang muda tidak mengekalkan tahap kesihatannya mengikut umur yang sepatutnya.
Makan tak jaga, tak pernah bersenam antara faktor-faktor penyebab.
Begitu juga dengan kereta. Tidak guna memakai kereta baru tetapi tak perasan brek dah haus atau tidak. Ada kereta baru tapi mentol lampu dah terbakar tanpa disedari oleh pemilik. Kadang-kadang sebab memandu dengan sebelah mentol boleh menyebabkan kenderaan di hadapan (atau di belakang) menyangka bahawa yang di hadapannya adalah motosikal. Penyelenggaraan kenderaan antara faktor roadworthiness kenderaan.
MyMassa setuju jika kenderaan berusia dihadkan penggunaan di jalan raya tetapi dengan syarat ia nya diuji menggunakan ROADWORTHINESS sesebuah kenderaan. Bukannya pukul rata semua kenderaan melebihi 12 tahun tidak dibenarkan digunakan dijalan raya. Kalau sesebuah kenderaan memang dah tak selamat, takkan masih nak benarkan ianya di atas jalan raya?
Kalau boleh, syarat ini dimulakan dengan KENDERAAN KOMERSIAL terlebih dahulu.
Lihatlah bagaimana nahas jalan raya yang disebabkan oleh kenderaan komersial seperti lori dan bas. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lori atau bas tersebut tetapi turut melibatkan penumpang atau pemandu kenderaan yang lain dalam jumlah mangsa yang lebih besar.
MyMassa yakin ramai rakyat yang akan marah kalau Kerajaan terima kajian MIROS mengenai usia kenderaan tetapi mengenepikan aspek roadworthiness sebuah kenderaan kerana di Malaysia, ramai yang meminati kereta lama disebabkan nilai sentimental kenderaan tersebut.
*Cuba tengok pengasas IKEA, Ingvard Kamprad, rileks je masih menggunakan Volvo 240 tahun 1993.

Contoh kenderaan yang diragui roadworthiness.
Kalau boleh, syarat ini dimulakan dengan KENDERAAN KOMERSIAL terlebih dahulu.
Lihatlah bagaimana nahas jalan raya yang disebabkan oleh kenderaan komersial seperti lori dan bas. Ianya bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu lori atau bas tersebut tetapi turut melibatkan penumpang atau pemandu kenderaan yang lain dalam jumlah mangsa yang lebih besar.
Lori seperti ini yang sepatutnya dikaji oleh MIROS.
MyMassa yakin ramai rakyat yang akan marah kalau Kerajaan terima kajian MIROS mengenai usia kenderaan tetapi mengenepikan aspek roadworthiness sebuah kenderaan kerana di Malaysia, ramai yang meminati kereta lama disebabkan nilai sentimental kenderaan tersebut.
*Cuba tengok pengasas IKEA, Ingvard Kamprad, rileks je masih menggunakan Volvo 240 tahun 1993.
Oleh : Blog Mymassa
KONGSI
& Komentar
Tweet