Orang ramai dikejutkan dengan laporan ‘cubaan bunuh diri’ yang berlaku di bangunan lama, Hotel Labuan, lewat petang semalam, 13 November 2013.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dilakukan Jabatan Bomba & Penyelamat W.P. Labuan (Fire & Rescue Dept. Labuan F.T.), tiada sebarang perkara berlaku seperti yang dilaporkan.
Pengarahnya, Tuan Zainal Madasin berkata, pihak bomba dan penyelamat dengan 51 anggota, bergegas ke lokasi itu setelah dimaklumkan oleh pihak polis, kira-kira jam 6.00 petang.
Namun, hasil pemeriksaan selama 3 jam yang dilakukan di hotel 10 tingkat itu, didapati tiada individu lain berada dalam bangunan berkenaan.
Bercakap ketika ditemui pemberita R-T-M Labuan beliau berkata, daripada kejadian seumpama itu, pihaknya akan memantau kawasan sekitar Labuan terutama kawasan yang berisiko berlaku kejadian seperti itu.
Hotel Labuan yang mempunyai 150 bilik dan dibina pada 1979 setinggi 10 tingkat itu ditutup kerana masalah teknikal pada 1997. Sehingga kini, Hotel itu masih tidak beroperasi dan ditinggalkan begitu sahaja.
Hotel Labuan yang mempunyai 150 bilik dan dibina pada 1979 setinggi 10 tingkat itu ditutup kerana masalah teknikal pada 1997. Sehingga kini, Hotel itu masih tidak beroperasi dan ditinggalkan begitu sahaja.
Ramai yang mengesahkan banyak kejadian aneh dilaporkan berlaku di hotel tersebut yang merupakan salah satu punca tidak ada sesiapa yang mahu menguruskannya. Adakah cerita itu benar? Wallahualam....
KONGSI
& Komentar
Tweet