Tuesday, 12 November 2013

Pemilik Taska Permata Harapan berdepan hukuman denda RM20 ribu & penjara maksimum 10 tahun

Posted By: TTO Admin - 12.11.13


KUALA LUMPUR: Pemilik Taska Permata Harapan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan pada 18 Oktober lalu.

Rozita Awang, 35, bagaimana tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya.

Dia didakwa menganiaya kanak-kanak di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Rozita didakwa melakukan perbuatan itu di ruang tamu Taska Permata Harapan, nombor 41 Jalan Melati 1, Taman Melati, lebih kurang jam 11.35 pagi pada 18 Oktober lalu.



Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan wanita beranak enam itu dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab