Kami baru menerima satu printscreen laporan polis mengenai penemuan budak lelaki yang dilaporkan hilang di Villa Nabila. Mohd Aizat Izzudin bersama dua lagi rakannya dijumpai dalam keadaan mencurigakan oleh pihak polis yang melakukan pemantauan di Blok 4, Taman Desa Mutiara, Johor Bahru.
Semalam heboh berita mengenai sekumpulan 30 remaja dilaporkan meredah Villa Nabila dan hanya 7 orang yang berjaya keluar. 23 Orang lagi dilaporkan telah hilang dan dikatakan telah disembunyikan oleh makhluk ghaib.
Namun, pihak Polis telah mengesahkan perkara tersebut tidak benar dan hanya seorang budak lelaki yang dilaporkan hilang. Sehubungan dengan penemuan remaja tersebut, kes ini dianggap telah selesai. -TTO
LAPORAN POLIS:
BERTINDAK ATAS MAKLUMAT AWAM PADA 19/11/2013 JAM L/KURANG 0005 HRS SAYA BERSAMA SJN #, KPL # DAN KONST # BUAT PEMANTAUAN DISEKITAR BLOK 4, TAMAN DESAR MUTIARA, JOHOR BAHRU, JOHOR MENGENAI ORANG YANG DIKATAKAN HILANG DI VILLA NABILA, DANGA BAY BERADA DI SEKITAR BLOK 4, JALAN DESA MUTIARA 4, TAMAN DESAR MUTIARA. KAMI TELAH TERNAMPAK 2(L)MELAYU DAN 1(P)MELAYU DALAM KEADAAN MENCURIGAKAN DIBAWAH BLOK 4, JALAN DESA MUTIARA 4 TAMAN DESA MUTIARA. KAMI TAHAN DAN PERIKSA:
1) NAMA: MOHAMAD RUSYAIDI BIN ABDULLAH
2) NAMA: MOHD IZZAT IZZUDIN BIN HUSSIN
3) NAMA: SHAHIFAH NAZIRAH BT MOHD ABU HASHIM
BUAT SEMAKAN KOMPOL KEATAS KETIGA-TIGA PENAMA DIATAS DAPATI PENAMA DIPARA (2) ADA REKOD ORANG HILANG BERSABIT MAJIDE REPOR 7654/13. KAMI PERCARA PENAMA DI PARA (2) ADALAH YANG DIMAKSUDKAN HILANG DI VILLA NABILA, DANGA BAY. KAMI BAWA KETIGA-TIGA PENAMA DIATAS KEBALAI UNTUK TINDAKAN LANJUT. SEKIAN LAPORAN SAYA
KONGSI
& Komentar
Tweet