Thursday, 14 November 2013

Premis kotor, Restoran 'Nasi Ganja' popular di ipoh diarah tutup 2 minggu [6 Gambar]

Posted By: TTO Admin - 14.11.13

IPOH: Sebuah restoran 'Nasi Ganja' di Jalan Yang Kalsom, di sini, menerima notis penutupan sementara selama dua minggu selepas diserbu sepasukan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, petang ini.

Penutupan itu dibuat ke atas pemilik premis berkenaan berkuat kuasa jam 5 petang ini hingga 28 November ini.

Notis itu dikeluarkan berikutan premis perniagaan berkenaan didapati tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. -BH




Restoran ni memang popular, ramai pengunjung walaupun dalam ruangan yang sempit.

UPDATE: Pemilik "Nasi Ganja" Ipoh buat laporan Polis, difitnah letak Najis Manusia sebagai pelaris

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab