Saturday 2 November 2013

Cerita sebenar video pengasuh dera kanak-kanak di Nurseri Taman Melati

Posted By: TTO Admin - 2.11.13


Video laporan penuh pengasuh dera kanak-kanak - Sumber Berita TV3

(Tunggu beberapa saat, tonton menggunakan dekstop/laptop) 



Cerita Sebenar Rakaman penderaan kanak-kanak di Pusat Asuhan Taman Melati:

Setiap kali mahu dihantar ke pusat asuhan, anaknya akan menangis. Curiga dengan situasi itu, seorang bapa bertindak memasang kamera tersembunyi bagi mengetahui puncanya.

Hasilnya cukup mengejutkan apabila anak-anak yang dihantar ke pusat asuhan itu, didapati dipukul dan ditampar oleh pengasuh. Dakwa pengadu yang mahu dikenali sebagai Mohamad, situasi dialami anaknya telah berlarutan sejak empat bulan lalu.

Pusat asuhan berkenaan terletak di Taman Melati, ibu negara. Kemudian timbul idea untuk memasang kamera tersembunyi pada beg sekolah anaknya.

Dan ini yang diperolehi hasil rakaman yang dilakukan pada 18 Oktober lalu. Kejadian berlaku pada salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan ini.
"Sebelum buat rakaman sering mendengar setiap kali kita hantar anak ada je kanak-kanak menangis jawapannya sentiasa kata biasa kanak-kanak sentiasa menangis lepas mandi". Bapa kepada kanak-kanak mangsa dera.
Rakaman itu kemudian dikongsi dengan seorang ibu yang turut menghantar anaknya ke pusat asuhan tersebut.

Laporan polis sudah dibuat selain aduan dikemukakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kemas.

Lebih mengejutkan apabila Kemas memaklumkan bahawa pusat asuhan itu tidak berdaftar. -Berita TV3

Video Original



UPDATE TERKINI: 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab