Seorang pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya dikhuatiri diculik oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu mangsa yang berumur 57 tahun ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan di pulau berkenaan dengan kesan tembakan pada tubuh.
"Semasa kejadian itu seorang pengawal keselamatan di situ mendengar bunyi tembakan dan melaporkan perkara tersebut kepada Pasukan Gerakan Am yang berada kira-kira 800 meter dari tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini.
Katanya, polis percaya isteri mangsa yang juga warga Taiwan berusia 58 tahun telah dilarikan oleh kumpulan terbabit ke perairan Semporna.
"Kami percaya mangsa yang dilarikan itu masih hidup,” katanya menambah polis sudah menghubungi Kedutaan Taiwan bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
KONGSI
& Komentar
Tweet