Wanita berumur 24 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan restoran tersebut menerusi Facebook miliknya sehingga tersebar di internet secara meluas.
"Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi ini terjadi apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.
"Saya tiada niat untuk menghina restoran ini dan kontroversi ini terjadi apabila saya menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini.
"Status Facebook saya hanya boleh dibaca oleh sebilangan kecil individu sahaja tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan (screen shot) status saya itu lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet,’’ katanya kepada pemberita dalam satu sidang media khas di Restoran Nasi Vanggey, Greentown, Ipoh pada Jumaat malam.
Hadir sama pada sidang media itu, Pengurus Restoran Nasi Vanggey Greentown, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik.
Menurut Ze Aida, dia telah tampil membuat laporan polis pada 14 November di Balai Polis Sungai Senam dengan menyatakan tuduhan di akaun facebooknya itu adalah tidak benar.
Beliau turut meminta pihak yang menyimpan salinan `screen shot’ status facebooknya yang dikongsi itu dipadamkan agar tidak menimbulkan pelbagai salah tafsir.
- Pemilik "Nasi Ganja" Ipoh buat laporan Polis, difitnah letak Najis Manusia sebagai pelaris
- Premis kotor, Restoran 'Nasi Ganja' popular di ipoh diarah tutup 2 minggu [6 Gambar]
Sementara itu Ahmad Fazli berkata, pihak pengurusan Nasi Vanggey menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terjumpa najis dalam peti simpanan makanan restoran berkenaan.
Katanya, penyebaran berita palsu di facebook yang memburuk-burukkan restoran nasi Vanggey sejak semalam telah menjejaskan dengan teruk perniagaan restoran berkenaan sehingga 60 peratus.
"Saya amat berharap dengan penjelasan dan pengakuan yang dibuat oleh wanita terbabit akan dapat memulih semula keyakinan orang ramai terhadap pengurusan makanan restoran nasi Vanggey di negeri ini," katanya.
Menurut Ahmad Fazli, restoran nasi Vanggey kini mempunyai 10 cawangan termasuk sebuah cawangan di Kuala Selangor manakala dua lagi sedang dalam proses operasi di negeri ini.
"Restoran kami di Green Town juga tidak terbabit dengan penutupan pengurusan Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom semalam," tambahnya lagi. -Awani
KONGSI
& Komentar
Tweet