Friday 15 November 2013

Lelaki Myanmar terkencing dalam seluar ketika ditangkap penguatkuasa

Posted By: TTO Admin - 15.11.13
LELAKI Myanmar (tengah) terkencing dalam seluar ketika dicekup di pelantar Hutan Melintang.

Hutan Melintang: Seorang lelaki warga Myanmar yang juga pendatang tanpa izin (Pati) terkencing dalam seluar kerana ketakutan ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan lmigresen dalam Ops 6P di Jalan Tepi Sungai, berhampiran sebuah jeti, di sini, malam kelmarin.

Lelaki bersama dua rakannya itu yang hanya berseluar panjang tanpa baju berusia antara 25 dan 30 tahun berkurung dalam bilik semasa anggota imigresen menyerbu lokasi itu jam 8.15 malam.

Pengarah Jabatan lmigresen Perak Ahmed Syam Che Kub berkata, pihaknya terpaksa meminta seorang majikan berusia 37 tahun membuka kunci bilik itu, tetapi gagal kerana berkunci dari dalam.

Menurutnya, sebaik pintu dipecahkan, ketiga-tiga lelaki itu mengangkat tangan sambil tunduk memandang ke lantai. “Seorang lelaki Myanmar itu dalam keadaan ketakutan dan menggeletar sehingga terkencing dalam seluar ketika tangan digari.

“Turut diberkas dalam serbuan itu seorang lelaki Vietnam, serta seorang wanita Myanmar bersama dua anaknya iaitu seorang lelaki seorang perempuan berusia 4 tahun,” katanya.

Beliau berkata, majikan berusia 37 tahun yang cuba berdolak-dalik kononnya tidak mengetahui ada Pati bersembunyi di dalam bilik premisnya turut ditahan untuk siasatan lanjut kerana dipercayai bersubahat serta melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56 (1) (d), Akta lmigresen 1959/1963.

Ahmed Syam berkata, pihaknya menggerakkan dua serbuan sekitar daerah Bagan Datoh dengan membuat risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada orang ramai.

“Seramai 28 Pati iaitu tujuh wanita membabit enam warga Myanmar dan seorang warga lndonesia, 21 lelaki (14 Myanmar, dua warga lndonesia dan seorang Vietnam) serta dua kanak-kanak lelaki dan perempuan Vietnam berusia 4 tahun diberkas dalam serbuan di Jalan Tepi Sungai berhampiran jeti Hutan Melintang dan Bagan Sungai Burung mukim Bagan Datoh,” katanya.

Menurutnya, warga asing didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c), Akta lmigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa permit sah.

“Pihak jabatan akan menyiasat semua warga asing itu kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Anti Permadangan Orang dan Anti Penyeludupan Manusia 2007.

“Semua mereka termasuk majikan ditahan di Depoh Tahanan lmigresen Langkap untuk siasatan lanjut, ” katanya pada sidang media selepas operasi itu.

Dalam perkembangan berkaitan dia berkata tiga lelaki tempatan turut ditahan kerana positif dadah dan memiliki kad pengenalan palsu ketika pemeriksaan dijalankan.

Operasi disertai 116 anggota dari 10 agensi Kementerian Dalam Negeri serta 32 anggota Sukarelawan Malaysia (RELA).

Ahmed Syam menghargai keprihatinan penduduk di daerah Hilir Perak kerana menyalurkan maklumat kegiatan Pati.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, tiga lelaki tempatan turut ditahan kerana positif dadah dan memiliki kad pengenalan palsu ketika pemeriksaan dijalankan di sekitar daerah itu. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab