Friday, 1 November 2013

Adira sudah bertunang? Upload gambar cincin di Instagram

Posted By: TTO Admin - 1.11.13
Artis kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8, Siti Adira Suhaimi sebentar tadi baru sahaja memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya yang menunjukkan jarinya tersarung sebentuk cincin.

Biarpun Adira tidak meletakkan sebarang keterangan, namun ia sudah cukup menimbulkan tanda tanya kepada peminat-peminat.

Lebih-lebih lagi lelaki yang sedang dikaitkan dengan Adira, Shahrul Nasrun Kamarudin yang juga merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M) ada meninggalkan komen di gambar tersebut yang berbunyi “I LOVE you sayang. See u later”

Adakah cincin itu pemberian Shahrul?

GUA cuba menghubungi Adira bagi mendapatkan penjelasan lanjut, namun Adira gagal dihubungi. Sebelum ini Adira pernah menafikan yang dia sedang menjalinkan hubungan dengan Shahrul. Malah, Shahrul sendiri menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar teman rapat.

Adakah mereka sudah mengikat tali pertunangan ataupun itu sekadar cincin tanda percintaan mereka? Apa-apa pun tahniah GUA ucapkan jika andaian ini adalah benar.

#Komen Shahrulnasrun di dalam gambar tersebut nampaknya telah dipadam.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab