Bakat seorang anak muda daripada Malaysia berjaya menambat hati juri Britain's Got Talent apabila berjaya ke pusingan ke 2 ujibakat pertandingan program itu. Beliau merupakan rakyat Malaysia dan penduduk Asia tenggara yang pertama melepasi ujibakat program yang terkenal di serata dunia itu.
Raja Syahiran,20 pemuda berasal daripada Subang Jaya yang mempunyai bakat dan kebolehan unik meniru suara "chipmunk" dan mampu melakukan "beatbox". Sebelum ini, bakat Raja Syahiran telah terserlah pada tahun 2012 apabila berjaya memenangi pertandingan bakat JOHARA dengan kebolehan yang dimilikinya.
Bukan calang-calang peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya kerana hanya yang terbaik sahaja yang dipilih dan disitu kita boleh lihat Syahiran adalah seorang individu yang berbakat besar. Semoga Syahiran sekali lagi dapat mengharumkan nama Malaysia dengan melepasi peringkat seterusnya.
Video Raja Syahiran ketika bersama DJ Hitz.FM:
KONGSI
& Komentar
Tweet