Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas di Lebuhraya Karak, siang tadi. Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, di Kilometer 49.2,
Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur, berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa 1000 CC jenis BMW ini dipercayai hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh tajam.
Lalu melanggar besi penghadang lebuhraya menyebabkan penunggangnya tercampak dan maut di tempat kejadian.
Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar. Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun, berasal dari Bandar Damansara, Kuantan, Pahang.
Alif sebelumnya berkonvoi bersama empat lagi rakannya dari Kuantan menuju ke Pusat Peranginan Genting Highlands. Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.
*Diharap rider yang lain berhati-hati ketika berkonvoi di musim cuti sekolah
KONGSI
& Komentar
Tweet