Selama
20 tahun berkahwin, Rahmah, 53, dilimpahi pelbagai kemewahan. Rumah tangganya
bahagia walaupun suaminya mualaf, dia taat pada perintah agama dan sangat
menyayangi dua anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya berubah secara
mendadak sejak tiga tahun lalu apabila suaminya yang berusia 48 tahun dan
berasal dari United Kingdom berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30-an
yang juga rakan sepejabat sebelum menjalin hubungan songsang.
“Sejak awal perkahwinan, saya diberi
segala kemewahan, malah perumahan elit menjadi tempat tinggal saya, hanya
keluarga kami menginap di situ, selebihnya golongan profesional warga asing.
“Anak belajar di sekolah persendirian dengan bayaran puluhan ribu sebulan. Namun, itu belum cukup untuk menjadikan rumah tangga saya kekal bahagia selepas kehadiran ‘madu’ yang melayani suami ketika dia di luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Rahmah berkata, perubahan mendadak suaminya, perunding pembinaan
syarikat berpangkalan di luar negara, yang tidak mahu ‘duduk’ rumah dan sering
menjadikan urusan kerja sebagai alasan untuk menghilangkan diri selama
berminggu-minggu sejak tiga tahun lalu, menimbulkan tanda tanya.
KONGSI
& Komentar
Tweet