Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 Nov lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai enam anak dan suaminya, pemandu teksi.
"Wanita itu diminta tampil memberikan kerjasama di mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.
Beliau berkata polis telah menahan dua pengasuh wanita tempatan yang bekerja di taska itu, masing-masing berumur 22 dan 31 tahun, pada Isnin lepas dan mereka direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak.
Ku berkata setakat ini, polis menerima lima laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Okt dan 4 Nov lepas.
"Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana adanya kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska itu," katanya.
Kes berkenaan dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tindakan lanjut.
Pada Ahad lepas, menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di taska berkenaan, setelah aduan dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya. - Bernama

Disclaimer: Ramai yang bertanya kenapa tidak dedahkan sahaja wajah pemilik taska Permata Harapan, Taman Melati yang didakwa mendera kanak-kanak. Dan ada juga yang sanggup inbox admin memberi gambar-gambar wajah wanita itu.
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya sebelum FB wanita itu dipadam, admin sempat mengambil gambar-gambar dalam facebook beliau. Namun, cukuplah admin mendedahkan gambar taska tersebut sebagai pengajaran untuk beliau. Sudah tentu taska itu tidak akan menerima kanak-kanak lagi. Kami para admin juga khuatir sekiranya wajah beliau didedahkan, ada pihak yg mengambil tindakan tidak wajar sehingga perkara yang kita tidak inginkan berlaku.
Biarlah pihak berwajib yg mengenakan tindakan undang-undang. Lagipun melihat keluarga beliau, wanita ini mempunyai ramai anak dan suami hanya bekerja sebagai pemandu teksi. Malah taska tersebut adalah satu-satunya mata pencariannya. Dengan menutup taska tersebut bagi kami sudah cukup memberi pengajaran yg amat besar buat beliau.
Anda boleh bersetuju atau tidak dalam hal ini. Tapi itulah pandangan terbaik yang kami fikirkan dalam kes ini. Terima kasih
Artikel berkaitan:
KONGSI
& Komentar
Tweet