Thursday 17 October 2013

Mr Saravanan, kenapa mahu pertikai aktiviti sembelih lembu Hari Raya korban di sekolah?

Posted By: TTO Admin - 17.10.13

Video perbualan antara Mr Saravanan dan guru besar SK Puchong Jaya yang dimuatnaik di media sosial telah menimbulkan rasa kurang senang apabila beliau mempertikaikan aktiviti  penyembelihan lembu korban di Sekolah. 

Beliau dengan begitu yakin mengatakan aktiviti tersebut salah kerana tiada pekeliling dan tidak mengikut dasar Kementerian Pendidikan. Beliau juga mendakwa Double-Standard apabila mengaitkan kaum dan agama lain tidak pula dibenarkan berbuat perkara yang sama seperti menyembelih babi di sekolah.

VIDEO


Tetapi, Mr Saravanan lupa bahawa Agama Rasmi Negara Malaysia adalah agama Islam. Majoriti adalah penganut agama Islam. Kalau susah betul nak paham, fikirkan kenapa HANYA masjid dan surau dibina di sekolah-sekolah kebangsaan walaupun ada penganut agama lain? kena ikutlah...

Tidak perlu dipertikaikan aktiviti tersebut yang sejak sekian lama diadakan. Malah tiada unsur menyentuh sensitiviti pun dalam aktiviti yang diadakan setahun sekali itu. Analogi dan alasan yang diberikan dengan membandingkan agama lain tidak masuk akal.

Mr Saravanan harus faham seperti tajuk dalam video diatas "jangan lupa dimana bumi dipijak". Berhentilah daripada membuat provokasi seperti ini. 

Tahniah buat guru besar tersebut, beliau professional walaupun diprovoke sedemikian rupa. Jika beliau tidak dapat menahan sabar, sudah tentu segala macam kata-kata tidak menyenangkan keluar menerpa Mr. Saravanan!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab