Wednesday 2 October 2013

Aktivis dan juga ahli perniagaan Thailand hina raja dipenjara dua tahun

Posted By: TTO Admin - 2.10.13

Bangkok: Seorang ahli perniagaan pro monarki Sondhi Limthongkul (gambar), dijatuhi hukuman penjara dua tahun atas dakwaan menghina institusi diraja dengan mengulangi kenyataan yang dibuat pesaing politiknya.

Sondhi mengetuai kumpulan dikenali Baju Kuning mengadakan tunjuk perasaan dari 2005 hingga 2008 sehingga menjejaskan dua kerajaan yang diketuai atau disokong bekas perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra.

“Tertuduh tiada alasan untuk mengulangi komen yang dibuat pesaing politiknya di tempat awam kerana ulangan kenyataan itu menyebabkan kata-katanya semakin tersebar luas,” kata seorang hakim di mahkamah Bangkok.

Raja Bhumibol Adulyadej diianggap sebagai tokoh paling dihormati di Thailand dan di bawah undang-undang tata negara yang keras, sebarang tindakan atau kenyataan menghina monarki boleh dikenakan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Pengkritik berkata, undang-undang itu boleh disalahgunakan ahli politik atau individu untuk menjatuhkan atau menutup mulut pembangkang.

“Kes Sondhi secara jelas menunjukkan bahawa penyokong monarki sekali pun tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang institusi diraja.

“Nampaknya undang-undang tata-negara tidak mengenal batas dan sasaran,” kata penyelidik kanan Institut Pemerhati Hak Asasi Thailand, Sunai Phasuk. 

Sondhi yang terselamat dariapda cubaan bunuh oleh kumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, berada di kamar mahkamah tetapi tidak memberi sebarang ulasan. - REUTERS

#Bersih?

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab