Wednesday 4 December 2013

Ustaz Kazim diberi gelaran Ustaz Khinzir dalam Facebook

Posted By: TTO Admin - 4.12.13


Apa dah jadi,  pendakwah terkenal Ustaz Kazim menjadi mangsa tohmahan pengguna Facebook di Media Sosial. Dalam satu printscreen yang tersebar semalam, Ustaz Kazim telah diberi gelaran Ustaz Khinzir. Apakah kesalahan Ustaz Kazim terlalu besar sehingga dilontarkan panggilan seperti itu. Mungkin inilah contoh yang dikatakan punca Ustaz Kazim umum keluar parti.

Komen tersebut ditulis oleh seorang pengguna Facebook di dalam satu poster dengan tajuk "UMNO, Mu tunggu Kazim datang" yang diolah oleh laman page pro pembangkang mengikut filem MIG Pictures "Ustaz, mu tunggu aku datang".

Sumber: FB
Komen tersebut mungkin ditulis kerana tidak berpuas hati dengan kontroversi perlantikan Ustaz Kazim dalam Ahli Majlis tertinggi UMNO. Walaupun Ustaz Kazim tidak mengetahui perlantikan tersebut pada mulanya, beliau telah dihentam bertubi-tubi oleh penyokong pembangkang dan turut difitnah melalui Facebook (Baca disini).

Sumber gambar: FB Page Afiq KLTown
Melalui profile picture Ummi Syifa', seakan tidak percaya komen tersebut dibuat olehnya kerana beliau bersama suami seperti seorang yang mengamalkan ajaran Agama Islam yang baik. Lengkap bertudung labuh dan si suami pula berjubah serta berkopiah kemas.

Semoga Ummi Syifa' dan semua yang tidak sehaluan dengan perjuangan dakwah Ustaz Kazim bermuhasabah diri. Cuba tanya apa yang anda telah lakukan untuk memartabat agama Islam selama ini? Mungkin Ustaz Kazim mempunyai method tersendiri dalam dakwahnya. Bersangka baiklah kita semua...

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab