Sunday, 8 December 2013

Erma mahu bayar saman Rabecca dalam bentuk nota RM1 pula?

Posted By: TTO Admin - 8.12.13

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita pengarah terkenal, Erma Fatima membayar saman RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen kepada pelakon Rebecca Nur Al-Islam. Ramai yang menyokong namun tidak kurang juga yang mengkritik cara pengarah itu kerana dilihat seperti kebudak-budakan dan tidak matang.

Rebecca yang menerima syiling bersama senaskah Al-Quran tersebut telah memulangkan semula kepada Erma dan meminta beliau membayar saman tersebut dengan cara berhemah. Namun, kemelut antara dua selebriti ini bakal berlanjutan. Memetik daripada artikel dalam Hmetro hari ini:

"Erma dikatakan akan membayarnya dengan nota RM1 pula. Difahamkan, Erma terpaksa menunggu empat hari untuk bank mengumpulkan syiling lima sen itu dan kini meminta bank menyediakan RM1 pula yang tentunya memakan masa tiga empat hari juga."

"Jika Rebecca menerima bayaran RM1 nanti, harap tidak terus melenting, sebaliknya beralah dengan membawanya ke bank supaya dapat menggunakan wang kemenangannya. Tidak kisahlah dibayar dengan nota RM1 kerana nilainya tetap sama. Beralah bukan bererti kalah."

Jika betul tindakan Erma tersebut, maka sudah tentu isu ini menjadi lebih sensasi. Sampai bila dendam antara mereka akan berlarutan. Kedua-duanya juga semakin memburukkan keadaan apabila saling memuatnaik gambar di akaun sosial masing-masing seolah-olah ingin meraih publisiti murahan.

Oleh: Sri Wani

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab