Xiao Wei amat berharap tangannya itu dapat disambung semula. "Saya masih muda, saya tidak dapat membayangkan hidup tanpa tangan kanan saya"
Namun, Doktor di Hospital Awam di Changde, Wilayah Hunan China mengatakan mereka tidak dapat menyambung semula pergelangan tangannya. Mereka mencadangkan Xiao Wei mencuba untuk mencari hospital yang lebih besar dan mempunyai kepakaran dalam pembedahan tersebut.
7 jam selepas itu, Xiao Wei tiba di hospital lain di Changsa. Doktor mengatakan mereka mampu menyambung semula tangannya namun bukan dengan segera. Doktor menggunakan kaedah penyambungan sementara di pergelangan kaki Xiao Wei agar tangannya yang terputus itu tidak mati.
Kini, hampir sebulan tangannya tercantum di pergelangan kaki. Xiao Wei dikatakan telah pulih secukupnya dan bersedia untuk menjalani pembedahan. Doktor yakin Xiao Wei akan mendapatkan semula tangannya itu selepas menjalani pembedahan itu nanti. -mail online
KONGSI
& Komentar
Tweet