Thursday 26 December 2013

Guru mahu KPM tetapkan tempoh penempatan di sekolah pedalaman

Posted By: TTO Admin - 26.12.13

Kementerian Pendidikan dikatakan tidak menetapkan sebarang tempoh tertentu bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Namun, elok jika ditentukan suatu tempoh perkhidmatan yang munasabah di kawasan pedalaman bagi seorang guru supaya kita berlaku adil.

Tidak timbul masalah kekurangan guru jika diamalkan sepenuhnya peraturan ikut giliran. Guru yang baharu menamatkan pengajian ditempatkan di kawasan pedalaman untuk menggantikan guru yang memohon bertukar terutama yang sudah memenuhi tempoh mengajar di pedalaman.

Memang benar guru boleh memohon bertukar setiap tahun, namun dasar penempatan guru di pedalaman akan menjadi lebih jelas dan telus.

Guru boleh merancang dalam mengemukakan permohonan pertukaran. Mungkin ada guru berjaya menyesuaikan diri atau guru tempatan dan bersedia berkhidmat di pedalaman lebih lama dari tempoh yang ditetapkan.

Elaun khas mengajar di pedalaman bukan menjadi daya tarikan utama guru. Yang penting penetapan tempoh mengajar di pedalaman yang tidak terlalu lama boleh mendorong guru bersikap lebih terbuka dan bersedia ditempatkan di kawasan pedalaman.

Oleh: Zin Markam
Pontian, Johor

Baca lagi: Luahan hati guru sekolah berasrama penuh kepada KPM

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab