Tuesday 10 December 2013

21 Gambar Siti Nurhaliza bersama keluarga hulur bantuan mangsa banjir

Posted By: TTO Admin - 10.12.13


Prihatin dengan nasib menimpa mangsa banjir di Pahang, penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan asas.

Kehadiran Siti Nurhaliza dan Khalid atau Datuk K yang turut ditemani dua anak mereka, Adib Khalid dan Ashraff Khalid nyata menarik perhatian kira-kira 100 mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Gudang Rasau di sini.

Ada di antara mangsa terutama golongan wanita mengambil kesempatan untuk bergambar dengan penyanyi tersohor itu selain mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan.

Selain ke SMK Gudang Rasau, Siti Nurhaliza dan Datuk K turut melawat SMK Pandan bagi tujuan sama.

Penyanyi itu ketika ditemui pemberita berkata, sumbangan barangan keperluan asas yang disampaikan itu adalah daripada Yayasan NurJiwa dan SimplySiti, selain barangan yang disumbangkan oleh peminat-peminatnya untuk mangsa banjir.

"Selain barangan keperluan asas seperti makanan, kami juga menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan untuk wanita.

"Kami akan membantu setakat yang termampu tetapi apa yang penting di sini ialah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu mangsa banjir," katanya.

Siti Nurhaliza berkata, beliau dan suami juga tidak menolak kemungkinan menyampaikan bantuan serupa ke negeri lain yang turut dilanda banjir jika keadaan masih belum pulih.

"Hari ini kami bermula di Pahang menyampaikan sumbangan tersebut dan kita lihat kepada keadaan, jika ada negeri lain yang masalah banjir masih belum pulih, saya dan suami akan ke sana bagi menyampaikan sumbangan," katanya.

Ditanya adakah rumah keluarganya di Kuala Lipis dinaiki air, Siti Nurhaliza berkata, beliau bersyukur kerana rumah itu terselamat daripada bencana banjir. -Utusan


















KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab