Lana yang menerima keputusan ini dengan tenang menganggap hubungan mereka yang putus selepas selepas sebulan tidak memberi impak yang besar terhadapnya.
"Johan melamar saya selepas baru tiga hari berkenalan. Saya bukanlah bodoh, tiga hari bertemu sudah mahu dilamar sebagai isteri. Dia suka ajak orang kahwin. Bagi dia berkahwin umpama benda yang boleh dibuat main-main," ujar Lana ringkas.
Sebelum ini, Johan bertindak memutuskan hubungan dengan Lana kerana tidak mahu mahu menyeksa hati dan perasaan Lana. Malah, walaupun mengakui masih menyayangi wanita itu, Johan terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu dianggao sebagai anak derhaka. - Media Hiburan
KONGSI
& Komentar
Tweet