Thursday 12 December 2013

19 Gambar sekitar Majlis Pernikahan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri

Posted By: TTO Admin - 12.12.13
Majlis akad nikah antara pasangan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri berlangsung di Balai Rong Seri, Muzium Istana Negara sekitar 5.40 petang semalam (Rabu). 

Jovian Sah menjadi suami Nina hanya dengan sekali lafaz, akad nikah telah disempurnakan oleh wali perempuan iaitu bapa Nina, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, bersaksikan Penolong Pendaftar Nikah Istana Negara, Ustaz Nik Riduan. 

Jovian telah menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Nina sebagai mas kahwin, 11 dulang hantaran termasuk senaskah Al-Quran manakala Nina membalas 13 dulang hantaran, Kesemua hantaran tersebut diletakkan dalam peti kayu khas yang ditutup dan dihias indah. Tahniah kepada pasangan ini!


Sumber Gambar : Instagram Jovian, Instagram Nina, PrettyPeektures, dan Beautifulnara



KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab