Sunday, 22 December 2013

Skandal Adi Putra beri respon dicerai suami, jawab cacian tentang dirinya

Posted By: TTO Admin - 22.12.13


Wanita yang dikaitkan dengan skandal Adi Putra, Nooraida akhirnya memberi respon mengenai penceraian yang berlaku dengan suaminya, Hj Amiruddin pada khamis lalu. 

Dalam akaun twitter beliau, Nooraida mengatakan perpisahan tersebut adalah persetujuan bersama. 


"Perpisahan atas persetujuan bersama. Jangan salahkan sesiapa ya. Kami tetap kawan baik dan dia ayah yg sangat-sangat bertanggungjawab. Alhamdulillah."

Walaupun telah berpisah, Noraida juga masih menganggap bekas suaminya sebagai teman paling rapat beliau. Dalam caption gambar Instagram yang dikongsikan Nooraida, beliau memberikan ucapan harijadi kepada bekas suaminya:


"22 december 2013. Happy birthday in advance. I just want to be d first to wish u. Semoga Allah merahmati abg dan segala usaha abg. Kita cuma bertukar status saja tapi saya tak hilang kawan, supporter, penasihat, pelindung. Saya takkan buruk2kan abg. Promise! Terima kasih untuk semuanya. One word. Seorang lelaki yg bertanggungjawab. ;) #happybirthday"

Apabila ditanya perasaan beliau oleh seorang pengguna twitter mengenai cacian dan kritikan orang ramai diluar sana terhadap dirinya, ini jawapan Noraida:


 

"Mulut orang mana boleh tutup. Tangan orang tak boleh berhenti menaip. Biarkan sajalah. ;)"

Mungkin akibat daripada pemakaian Nooraida ketika sidang media tempoh hari, persepsi negatif terpalit kepada dirinya dan suami. Namun, ada baiknya para peminat dunia hiburan mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai isu ini memandangkan Hj. Amiruddin sedang berusaha siasatan dilakukan menggunakan akta lain kerana beliau amat yakin mereka dipihak yang benar. -Tengok TV Online

Oleh: Sri Wani

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab