Satu kemalangan berlaku di simpang masuk ke UITM, Bukit Besi Dungun Terengganu. Perodua Alza dikatakan memotong dijalan berkabus lalu bertembung dengan Perodua Viva. Viva itu didakwa tidak menyalakan lampu kereta dalam keadaan berkabus tersebut.
Siapakah yang bersalah dalam kejadian ini? adakah Alza yang memotong di double line atau Viva yang tidak menghidupkan lampu kereta dalam keadaan berkabus? -Kredit info & foto : DTR Group-Mohd Talhah Ubaidullah Zulkipli
UPDATE: (Pembetulan info)
DUNGUN: Seorang mandur ladang TDM Plantation Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 82, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Kampung Talang, Bukit Besi, di sini, pagi tadi.
Kemalangan kira-kira jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa, Baderi @ Nazri Mohamad, 42, yang tinggal di Kuarters Guru Sekolah Kebangsaan Padang Pulut dalam perjalanan ke tempat kerjanya di ladang TDM AMBS.
Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala dan meninggal di Hospital Dungun, kira-kira jam 9.30 pagi.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan kanan jalan selepas melalui satu selekoh tajam di tempat kejadian.
Berikutan itu kereta mangsa dirempuh sebuah Perodua Alza yang dipandu Ummi Fardhatu Akhmal Mamat, 25, seorang kakitangan sebuah bank di Kuala Terengganu bersama anaknya Muhammad Iman Al Quyyum Mohd Fadzil, 2, yang datang dari arah bertentangan. -Hmetro
KONGSI
& Komentar
Tweet