Friday 20 December 2013

31 Gambar sekitar majlis pernikahan Aril AF7 dan Puteri Erma Edlinda

Posted By: TTO Admin - 20.12.13

Penyampai radio ERA fm & juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan.

Aril AF7 selamat bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda dengan sekali lafaz sekitar jam 3.10 petang sebentar tadi.

Mungkin agak berlainan sedikit berbanding negeri negeri lain, pihak pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran dan turut berbalas sembilan dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000.

Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai jaket, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet.

Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000.

Isteri Aril AF7 menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihan beliau dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar.

“Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini”

“Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” ujarnya kepada media sebelum hari pernikahan hari ini.

Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan selepas itu dijangka mengadakan kenduri kesyukuran di kampung Aril yang terletak di Melaka. Kredit : Rotikaya.com


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab