Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu Norhairy Ahmad, 42, bersama isterinya, Rohayati Oman, 42, dan anak pasangan itu Adibah Norkhairy, 17.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, kereta Proton Wira itu dengan tiba-tiba melanggar belakang sebuah treler dan terbabas ke tengah jalan.
Menurutnya, sebuah kereta pacuan empat roda pula yang gagal mengelak kereta berkenaan melanggar Proton Wira itu dari arah belakang.
“Akibat perlanggaran itu, isteri mangsa dan anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta itu yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh namun meninggal dunia di hospital.
“Pemandu kereta pacuan empat roda itu turut mengalami kecederaan ringan,” katanya. -Hmetro
Sumber gambar: IPD Sg Buloh via Ondescene.my
Ini pula catatan terakhir di Twitter peribadi Adibah Norkhairy (33 Jam sebelum ajal):
Dan ini catatan di blog beliau:
Semoga Arwah Adibah dan kedua ibu bapanya dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman...
KONGSI
& Komentar
Tweet