Monday, 16 December 2013

Penduduk terkejut temui tapak kaki 'Bigfoot' di Segamat, Johor

Posted By: TTO Admin - 16.12.13

Bigfoot atau dikenali sebagai Orang Mawas kembali menggemparkan penduduk di negeri Johor. Seorang pemilik kebun sayur yang dikenai sebagai Liew Tze Chong, 58 bersama anak perempuannya, Liu, 13 telah terjumpa dengan tapak kaki selebar 15sm ketika berada di kebun mereka, di Kampung  Gudang Garam, pada pukul 8.30 pagi.

Malah yang amat mengejutkan , tapak kaki itu ditemui dengan banyak di sekitar tanah lembut di kebun beliau.  Namun Tze Chong juga turut berasa pelik kerana mendapati terdapat tapak kaki yang mempunyai empat jari kaki dan pada masa yang sama ada tapak kaki yang mempunyai lima jari.

Penemuan tapak kaki 'bigfoot' di Johor bukan lah pertama kali, pada Disember 2005, tiga pekerja binaan yang sedang membina kolam ikan di Kampung Mawai, Kota tinggi dilaporkan telah terlihat kelibat orang mawas, dua bersaiz dewasa dan satu dipercayai anak mawas tersebut.

Semakin banyak bukti yang ditemui mengenai orang mawas di Johor. Mungkinkah lagenda mitos ini betul-betul wujud atau satu lagi berita yang sengaja disensasikan? semoga ada pengkaji yang dapat menyiasat penemuan tersebut!

Oleh: Sri Wani






Gambar yang menjadi viral kelibat Bigfoot yang didakwa berjaya dirakam di hutan Amerika Syarikat.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab