Monday 2 December 2013

Ustaz Kazim Elias sudah dipecat? Jawab fitnah dalam FB!

Posted By: TTO Admin - 2.12.13


Jawapan daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kedudukan sebenar keahlian pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias, di dalam parti itu.

Tuan Ibrahim, melalui SMS, memberitahu, Mohammad Kazim sudah dipecat daripada Pas Mei lalu.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Perak, Raja Ahmad Iskandar kelmarin bahawa Umno, yang melantik Mohammad Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, tidak menyedari Mohammad Kazim merupakan ahli Pas sejak 1998.

“Dewan Pemuda Pas Perak ingin membuat pengesahan bahawa Mohammad Kazim adalah ahli Pas sejak 17 Julai 1998 dengan nombor keahliannya 0475276 di bawah cawangan Kampung Manjoi di Tambun (Perak),” katanya.

Mohammad Kazim dikatakan tidak pernah mengisi borang keahlian Umno.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam video oleh laman Agendadaily.com, Mohammad Kazim disebut sebagai berkata beliau tidak pernah keluar daripada Pas dan tidak menerima surat pemecatan.

“Ya, memang saya ahli Pas. Saya tidak pernah keluar daripada Pas walaupun dulu ada ura-ura kata saya dipecat daripada Pas, tapi tak ada surat pemecatan atau (surat) jawatankuasa disiplin kepada saya.

“Sepatutnya Pas merasa sikit malu dengan Umno kerana boleh menjemput orang di luar Umno untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno dan Pas tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra,” kata beliau dalam rakaman video sidang media itu, semalam.

Katanya, beliau masih belum memutuskan untuk menerima pelantikan sebagai ahli MT itu dan bercadang menemui Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengetahui rancangan sebenar berhubung pelantikan tersebut.

Katanya, beliau ingin mendapatkan jaminan agar pelantikan itu tidak menghalang kerja dakwah yang dilakukan sehingga kini.

“Buat masa ini, saya masih berfikir sama ada mahu menerima atau tidak pelantikan tersebut. Tunggu lepas saya buat solat istikharah dulu.

“Saya tak mahu kerja-kerja dakwah saya dalam internet, Youtube dan televisyen terhalang disebabkan persepsi (iaitu) bila seorang ustaz masuk Umno, (dia) akan dihalang dan tertutup (kerja dakwah).

“Saya nak tengok jaminan adakah tangan saya terikat (dan) mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa kesalahan tanpa terikat seperti sekarang,” katanya.

Sinar Harian melaporkan semalam abang beliau, Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias memberitahu, adiknya sertai Pas 15 tahun lalu, tetapi telah keluar daripada parti itu.

Mohd Najmuddin adalah Pegawai Penerangan Agama di Pejabat Menteri Besar Perak dan bekas Adun Batu Kurau.

Seorang lagi adik Mohd Najmuddin ialah Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah, yang mewakili BN. -Sinar Harian

Jawapan Ustaz Kazim di dalam FB mengenai perlantikan Majlis Tertinggi:

Jawapan Ustaz Kazim mengenai fitnah yang diterima di dalam Facebook:

Status Mohd Akmal Kamarudin yang didakwa ditujukan kepada Ustaz Kazim

Sumber: FB Kiub Fakta
Komen dalam FB Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab