Sunday 15 December 2013

3 Gambar terbaru penampilan Syamsul Yusof kini berhijrah

Posted By: TTO Admin - 15.12.13

Siapa yang tidak kenal dengan pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusof. Setiap kali filem-filem yang diarahkan beliau pasti mendapat tempat di hati ramai peminat filem Malaysia.

Namun artikel ini bukanlah hendak bercerita tentang bakat beliau, hari ini tersebar gambar beliau di media sosial dengan imej dan penampilan baru. Syamsul Yusof kini dikatakan telah berhijrah menjadi Muslim yang lebih baik. 

Penampilan beliau itu bukanlah drastik, pada tahun lepas ketika sambutan Maal Hijrah, beliau telahpun berazam menjadi insan yang lebih baik

“Bersempena dengan Maal Hijrah ini saya mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan dapat sama-sama menyebarkan ilmu agama kepada semua agar ilmu yang saya perolehi dapat dimanfaatkan bersama, InsyaAllah,” ujarnya.

Alhamdulillah, semakin ramai artis yang berhijah. Semoga Syamsul terus istiqamah dalam kehidupan hariannya masa ini. Aminnn

Ramai peminat berharap Syamsul Yusof dapat menerbitkan Filem bercorak keislaman selepas ini.



Oleh : Sri Wani

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab