Ketika Menteri Besar Terengganu melalui jalan pulang dari Kuala Lumpur ke Kemaman untuk bersama rakyat menghadapi banjir, beliau tersekat di kawasan Chendor bersama dengan ramai pemandu bersama ahli keluarga, anak, isteri dan lain-lain yang tersekat sama di situ dalam keadaan kelaparan, kerana situasi yang amat sukar dalam serba kekurangan hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa susahnya menghadapi situasi ketika itu.
Dengan petunjuk kebesaran yang Allah S.W.T berikan terdapat dua lori roti Gardenia yang berada di situ, Dato Seri yang tidak sanggup melihat situasi rakyat dalam kelaparan beliau telah meminta agar pemandu lori tersebut membuka pintu lori bagi mendapatkan makanan (roti) yang ada bagi diagihkan kepada semua yang ada di situ, pada permulaannya, kedua-dua pemandu lori itu tidak membenarkan Dato Seri Ahmad Said membuka lori tersebut.
VIDEO
Ramai yang datang berterima kasih pada Dato Seri, anak-anak kecil yang kelaparan di situ dapat mengisi perut, rungutan dan kelaparan dapat di isi, mungkin terdetik di dalam hati MB ketika itu rasa lega dan bersyukur kerana dapat memadamkan kesusahan rakyat ketika itu.
Allah S.W.T telah memberikan pertolongan melaluinya untuk di sampaikan kepada rakyat. Kita bersyukur kerana kita mendapat pemimpin yang begitu prihatin kepada rakyat, Smoga Allah S.W.T dapat membalas jasa baik beliau...
"NELANG MB UNTUK RAKYAT, MOGA TERENGGANU DI LINDUNGI DAN DI RAHMATI."
Coretan : Kasim - Mencari Redha
KONGSI
& Komentar
Tweet