Kredit foto Faisol Mustafa. |
Adi Putra mengumumkan keputusan rasmi kes tersebut diklasifikasikan sebagai 'no futher action' (NFA) atau tiada tindakan selanjutnya.
"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak Polis Di Raja Malaysia pada 2hb Disember 2013 berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan berkaitan satu laporan Polis Skudai Rpt: 4312/13 yang dibuat oleh pengadu.
"Keputusan telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tindakan selanjutnya. Ini bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya", kata Adi Putra dalam satu sidang media khas bagi mengumumkan keputusan kes tersebut, bertempat di PWTC, pada Khamis (malam tadi).
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah isterinya, Aida atau Zuhaidah Yusof serta tiga orang peguam iaitu Mohd Daud Ismail, Zamri Idrus dan Muhamad Abd. Kadir.
Pada 5 September lalu, Adi dikatakan saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan seorang wanita yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan menerusi laman sosial Instagram. Kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui WhatsApp sejak 29 Julai lalu.
Suami kepada wanita berkenaan mengesan hubungan mereka selepas dia terbaca SMS (khidmat pesanan ringkas) ketika berada di sebuah restoran makanan segera di Jalan Skudai-Pontian, awal Ogos lalu sehingga mendorongnya membuat laporan polis. Difahamkan pihak polis telah merampas telefon bimbit milik mereka untuk dihantar ke makmal untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimanapun Adi Putra dalam sebuah akhbar sebelum ini menafikan dia menggunakan pengaruh golongan VIP untuk menutup kes berkenaan.
Dalam sidang media tersebut, Adi juga turut memberi amaran sekiranya ada sebarang lagi sebarang kenyataan daripada pihak pengadu ataupun apa-apa artikel bertulis yang mengaitkan dirinya dengan bertujuan mahu menjatuhkan reputasi dan juga maruahnya, Adi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak tersebut.
"Kalau ada lagi sebarang kenyataan daripada pihak pengadu, atau sebarang artikel bertulis yang bertujuan merosakkan kerjaya dan nama baik saya, saya akan ambil tindakan", ujarnya lagi.
Kata Adi lagi, dia tidak tahu agenda sebenar pihak pengadu terhadap dirinya. Namun menganggap semua ini adalah ujian dari Allah.
"Saya tak tahu apa agenda pihak sebelah sana atas tuduhan terhadap saya. Apa yang pasti saya dan isteri saya tak ada masalah apa-apa.
"Dengan selesainya kes ini, saya harap ia merupakan penutup 2013. Segala persoalan sepanjang enam bulan ini terjawab.
"Selepas isu cerai, ini adalah kontroversi kedua terbesar yang berlaku dalam hidup saya. Tapi saya tak sangka ramai yang sayang saya. Selain isteri dan keluarga, peminat-peminat adalah kekuatan bagi saya sepanjang menghadapi kes ini", katanya.
Dalam pada itu Adi nyata terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak media bahwa satu sidang media akan diadakan oleh pihak pengadu pada petang Jumaat (hari ini).
"Saya tak tahu apa agenda mereka. Terpulang pada mereka untuk mebuat sidang media, saya tidak menghalang.
"Saya juga sedia memaaf pihak berkenaan seandainya mereka mahu membuat permohonan maaf", tuturnya. - malaysiandigest
KONGSI
& Komentar
Tweet