Saturday, 7 December 2013

Gambar menyayat hati bayi 10 bulan parah sebelum meninggal dunia dlm kemalangan di senawang

Posted By: TTO Admin - 7.12.13

MELAKA - Mayat bayi lelaki berusia 10 bulan yang maut bersama ibunya selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 244.7 Lebuh Raya Utara-Selatan petang semalam telah dituntut ahli keluarga dari Hospital Melaka untuk dikebumikan di Jengka, Pahang bersama-sama ibunya.

Menurut ibu saudara bayi tersebut, Anizah Abdul Latif, 39, jenazah bayi berkenaan, Muhammad Alif Dinzly Abdullah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Jengka 4, Pahang yang merupakan kampung halaman ibunya, Rasidah Abdul Latip, 30, yang turut sama terkorban dalam kemalangan tersebut.

"Jenazah adik, Rasidah dituntut oleh suami saya di Seremban manakala saya menuntut jenazah Dinzly di Hos pital Melaka bagi mempercepatkan masa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka hari ini. - KOSMO!

Sumber gambar: FB Bomba Malaysia
Gambar adik Muhammad Alif Dinzly, bayi 10 bulan yang cedera parah ketika diberikan bantuan kecemasan oleh petugas Ambulans di tempat kejadian.

Gambar kereta MyVi remuk dirempuh lori tangki dan lori trelar
Semoga gambar di atas dapat memberi kesedaran kepada para pemandu kenderaan berat supaya lebih bertimbang rasa ketika memandu di lebuhraya. Takziah kepada keluarga mangsa. 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab