Thursday, 5 December 2013

Eksklusif: Luahan Hati Ustaz Kazim kepada pemfitnah, pencaci dan pengutuk

Posted By: TTO Admin - 5.12.13


Pertemuan saya dengan YAB Perdana Menteri sangat terbuka, beliau menjelaskan rasional dan risiko melantik saya ke jawatan MT UMNO.. Beliau sangat berharap supaya idea saya selama ini dalam ceramah dapat direalisasikan dengan adanya saya memegang jawatan.

Beliau meminta saya mengemudi peringkat akar umbi bermula dari tadika ke sekolah menengah, merangka program bersepadu supaya anak-anak muda mencinta islam dan akhlak mulia.Beliau juga harap supaya penyatuan umat Islam menjadi kenyataan.Rupanya dia ikuti ceramah saya dan akan memberi segala sokongan untuk kelangsungan dakwah saya walaupun dia tahu saya bukan dari aliran UMNO.

Beliau nak membuktikan bahawa UMNO tidak menolak agamawan dan nak saya jadi pemangkin peranan belia. Dia tak nak saya bertanding apa jawatan dan tak lantik saya untuk pegang jawatan kabinet supaya saya terus boleh menumpukan pada kerja dakwah di sekolah dan Malaysia umumnya... 

Saya fikir sangat molek usahanya... Inilah peluang orang biasa bercakap langsung kepada pimpinan negara..Dalam sejam pertemuan dengannya saya kemukan lima pandangan dan cadangan, beliau terima dgn baik..Tapi itulah keputusan saya, walaupun berat tapi kekecewaan yang menghiris hati, tekanan kiri kanan yang saya hadapi,yang tak boleh saya luahkan disini dan saya merasakan keselesaan yang lebih dengan menjadi penceramah bebas mendorong saya mengambil keputusan menarik diri dari lantikan tersebut. 

Bagi yang memfitnah, mengumpat, mencaci, mengutuk seolah-olah jahat sungguh lantikan ini, jahat sungguh saya, atas kata nista itu saya serahkan pada Allah.. Sampai hati panggil saya ustaz khinzir.. Wallahi saya mengadu pada Allah atas kata kalian...Inilah yg dikatakan perjuangan Islam? Memaki dan memfitnah?Apa ingat saya kemaruk kuasa wang dan pangkat?

Maafkan saya Dato Seri, saya doakan niat murni Dato Seri akan dimakbulkan Allah dan bg semua yang menyokong saya, terima kasih semua, kita jalan mcm biasa kerja dakwah kita..bagi yg perasan telah sempurna iman sampai boleh kata orang lain munafik, bakal ahli neraka, babi, anjing dll, ingatlah Akhirat itu ada dan Allah akan membalasnya.. Aku serah padamu Ya Allah..Saya sangat selesa sebagai pendakwah dan maafkan saya lagi sekali Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak..

2 keputusan saya 1. Keluar Pas 2. Tak masuk UMNO.. 

Semoga Allah merahmati keputusan ini.. Yang penting saya masih ISLAM walaupun tiada parti dan bendera di baju saya...

Oleh: Ustaz Kazim Elias

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab