Tuesday, 12 November 2013

Gempar! Maklumat lelaki Indonesia berniaga IC Palsu didedahkan

Posted By: TTO Admin - 12.11.13
Satu persatu kegiatan pemalsuan IC Palsu didedahkan umum semenjak kejadian tembak mati pegawai bank AmBank bulan lalu. Kali ini, satu lagi pendatang asing yang menggunakan IC Palsu telah dikenalpasti berjaya mendapat kad pelantikan anggota RELA. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? ikuti artikel pendedahan yang menakutkan dibawah:

Berikut wajah pendatang tanpa izin, PATI, Arshanikum Endeyn berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia. Dia juga pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara kita.



Sehingga kini tiada pihak berkuasa mampu membuktikan MyKad itu miliknya. MyKad palsu digunakannya untuk mendaftar menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Saya masih sabar menunggu penjelasan rasmi Ibu Pejabat RELA Malaysia berhubung status keahlian Arshanikum kerana semalam pihak terbabit sedang menyiasat identitinya melalui alamat sewaktu dia mendaftarkan diri sebagai ahli RELA. Saya juga telah memohon, RELA merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan pengesahan.



Bagaimanapun, kita semua telah mengetahui lelaki di gambar kad keahlian RELA itu BUKAN pemilik MyKad tercatat secara jelas di kad. Hasil usaha sumber saya, di bawah, gambar sebenar warganegara Malaysia, Hamdan Hamid, pemilik MyKad terbabit, dilaporkan tinggal di Kampung Air, Kota Kinabalu, Sabah.

Jika Arshanikum berjaya mengelirukan RELA menggunakan identiti palsu, timbul persoalan lebih menggerunkan, berapa ramaikah lagi PATI kini menjadi anggota RELA negara kita?




Telahan saya, Hamdan mungkin pernah kehilangan MyKad sebelum ini dan tanpa disedari butiran dirinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hasil soal siasat terhadap penjenayah menembak mati pegawai operasi AmBank, Loade Ardina Loade Rasila, MyKad palsu digunakannya diperolehi daripada lelaki Indonesia.

"Ketika ini polis sedang menyiasat penjualan kad pengenalan paslu itu dan menerusi maklumat daripada suspek, dia telah membeli kad itu daripada seorang lelaki Indonesia yang sememangnya berniaga kad pengenalan palsu," tambah Tan Sri Khalid.

Persoalan bagaimanakah Loade Ardina berpeluang membuka akaun simpanan di Ambank Islamic Banking, masih belum terjawab. Sedangkan Bank Negara Malaysia telah mengarahkan semua institusi perbankan menggunakan mesin pengimbas ibu jari bermula pada tahun 2007.

Sejak isu MyKad palsu didedahkan secara meluas, ramai pembaca dari Sabah meluahkan keluhan hati mereka. Mereka dilaporkan terpaksa bergelumang dengan warga Indonesia identiti diragui setiap hari sekaligus menjadi pesaing mereka mencari rezeki di bumi sendiri.

Justeru saya memohon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberikan perhatian khusus terhadap keluhan sekian lama disuarakan dalam mengkotakan janji beliau untuk menangani masalah PATI secara lebih serius. Ops Cantas dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri ternyata berjaya menangani masalah gangterism, operasi membanteras PATI juga harus setanding.

Hari ini akhbar melaporkan tahun lalu sahaja, kira-kira RM50 bilion ringgit mengalir ke luar negara, dihantar oleh pekerja warga asing berkhidmat di Malaysia. Pekerja rakyat Indonesia sahaja menghantar RM2.9 bilion termasuk wang hasil bekerja sebagai pengawal keselamatan HARAM.

Berikut statistik dipaparkan oleh Utusan Malaysia.




Sesungguhnya pemergian mangsa tembak, Norazita Abu Talib telah memberikan satu impak besar kepada negara. Rakyat dan pemimpin mula lebih sedar betapa pentingnya kita mengusir keluar semua musang berbulu ayam, pengawal keselamatan warga asing bertugas secara HARAM. Pada masa sama, ramai mulai sedar penggunaan MyKad palsu bukan lagi satu isu harus dianggap enteng di Malaysia.

Al-Fatihah buat Norazita, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah.

Penangkapan pembunuh, Loade Ardina, barangkali mengubat sedikit kelukaan ditempuh oleh suami dan 2 anak mangsa tetapi nyawa wanita berstatus ibu dan isteri terkorban itu pasti tiada galang gantinya.

Apapun, saya menganggap Norazita sebagai hero, biarpun dia tidak berpeluang untuk didendang. 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab