Tuesday, 31 December 2013

Wow! 26 Gambar & Video pekerja McDonald's paling COMEL ada di Taiwan!

Posted By: TTO Admin - 31.12.13
Ramai penggemar McDonald's di Taiwan amat teruja apabila mendapati pekerja di restoran makanan segera itu comel-comel belaka dengan memakai cosplay yang agak seksi.

Namun, kejadian ini bukanlah dapat dilihat setiap hari. McDonald's Taiwan telah mengadakan satu pertandingan pemakaian cosplay paling menarik di semua cawangannya di negara itu pada malam sambutan tahun baru 2014. 

Gambar-gambar dibawah pula menunjukkan pekerja-pekerja McDonald's di Stesen Taipei yang mengadakan percubaan pada 24hb Disember lalu. Jika McDonald's meneruskan acara sebegini sepanjang tahun, sudah tentu hasil jualan mereka bertambah berlipat kali ganda! -Tengotvonline













VIDEO



Desmond Yongkor hina Islam dalam Facebook - "Bodoh punya Islam"

Posted By: TTO Admin - 31.12.13

Komen diatas diperolehi daripada status mengenai dakwaan pihak Hong Leong Bank yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat ketika waktu bekerja. 

Namun, beberapa pengguna Facebook telah memberikan komen yang tidak bertanggungjawab dengan memperlekeh serta menghina agama Islam.

Peter Ha dalam komennya " I Wonder how to work with so many prayer breaks ! Might as well don't work and stay at home. After all, Allah will drop food and money from heaven ! haha."



Dan komen yang betul-betul menimbulkan kemarahan orang Islam yang membacanya datang daripada Desmond Yongkor:

"Kalau asik sembayang saja sampai 5 waktu... rugilah majikan bayar gaji.. majikan bayar gaji pekerja untuk kerja.. bukan kena bayar gaji untuk sembayang... bodoh punya ISLAM"


Komen beliau kini tersebar di media sosial dan ramai yang mahukan Desmond Yongkor segera di berkas pihak Polis.

Namun, Desmond dikatakan menggunakan akaun palsu dan sebelum ini juga beliau didakwa sering membuat provokasi kepada individu politik. Namun, kali ini provokasi yang dibuat oleh beliau dianggap terlalu melampau dan perlu disiasat. antara komen pengguna FB mengenai gambar ini:

"Agama rasmi Negara Malaysia ISLAM namun kebebasan beragama boleh. Tetapi tidak boleh menghina agama yang lain. INI sudah salah dalam perlambagaan negara. Boleh di hukum walaupun cuma di FB" -Abdul Wahab

Laporan polis telahpun dibuat melalui beberapa NGO dan individu. 


Semoga identiti beliau dapat didedahkan agar menjadi pengajaran untuk tidak mempermainkan sensitiviti agama di negara ini.

Sumber - Datuk Jeffry

Tiada Kenaikan TOL di LDP dan Sprint - Litrak

Posted By: TTO Admin - 31.12.13

PUCHONG - Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) mengesahkan tiada kenaikan di laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Sprint bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sazally Saidi berkata, tiada sebarang surat arahan diterima dari kerajaan setakat hari ini.

Pihaknya percaya bahawa pihak Kerajaan sedang mengambilkira segala pandangan dan maklum balas dari semua pihak dalam mencari jalan penyelesaian secara "win-win situation" untuk rakyat serta pihak pelabur swasta.

"Mengikut perjanjian asal kenaikan itu sepatutnya telah dibuat sejak tahun 2011, bagaimanapun sehingga saat ini kami masih belum menerima arahan dari kerajaan untuk melaksanakannya (kenaikan)," katanya kepada pemberita dekat sini.

Menurut Sazally, mengikut perjanjian asal bagi lebuhraya LDP terdapat hanya dua kali kenaikan kadar tol bagi tempoh 33 tahun.

Dalam perjanjian asal itu menyebut kenaikan pertama hanya pada tahun ke 9 pengoperasian yakni 2007 dan kenaikan kedua dan terakhir juga 9 tahun kemudiannya pada 2015.

"Bagaimanapun tiada kenaikan penuh pada 2007 dan telah dianjak ke tahun 2011.

"Mengikut perjanjian konsesi, Kadar kenaikan yang dicadangkan adalah 50sen, bagaimanapun sehingga kini masih belum ada kata putus secara rasmi dari kerajaan," katanya ketika ditemui pada majlis meraikan 25 orang anak yatim dari Persatuan Rumah K.I.D.S Subang.

Sazally berkata, bagi laluan Sprint tiada kenaikan dilakukan sejak dibina pada tahun 2001 sehingga 2013.

"Kami mengalami kerugian sebanyak RM426 juta bagi tempoh itu.

"Mengikut perjanjian awal sepatutnya bagi tol di Damansara akan berlaku kenaikan sebanyak 50 sen, Kerinchi Link dan tol Bukit Kiara masing- masing sebanyak RM1," katanya. -Sinar Harian

24 Gambar kereta mewah milik pelajar Universiti di Dubai

Posted By: TTO Admin - 31.12.13



Meeka Nasser adalah seorang pelajar di American University of Dubai. Beliau mengambil gambar-gambar kereta pelajar-pelajar di tempat letak kereta Universiti itu. Dia menulis:

"Kerana Cayennes dan Range Rover terlalu banyak di sini, saya hanya masukkan beberapa gambar model itu di dalam album ini.

"Anda perlu tahu, hampir semua pelajar disini berumur dalam lingkungan 18-24 tahun.Pelajar yang membawa kereta mewah dengan harga yang amat mahal disini adalah dari golongan bangsa Arab.

Sumber : Businessinsider.com


















Sultan Melaka kini diiktiraf Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

Posted By: TTO Admin - 31.12.13


Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.

Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.

Dalam statusnya menyebut;

”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.

Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.



Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.

Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob. -MalaysiaGazette

3 Gambar Kereta mewah baru bakal dimiliki Ketua Menteri Pulau Pinang

Posted By: TTO Admin - 31.12.13

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selepas membeli Toyota Camry untuk kegunaan diri dan para exconya berberapa bulan lalu, akan mula pula menggunakan W221 Mercedes-Benz S300L yang mana harga ‘on the road’ kereta itu adalah sekitar RM560,000.

Memetik laporan daripada Portal Arena Kereta :-

Benz baharu beliau tersebut berwarna Palladium Silver bakal menggunakan nombor plat “PG1″.
Nombor plat PG1 tersebut sebelum ini digunakan untuk model Toyota Camry 2.5V yang dibeli sebelum ini sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri yang berharga RM113,500 – tanpa cukai.
Menurut sumber, hanya satu unit yang dibeli dari Lowe Motors, yang mana merupakan wakil pengedar sah Mercedes-Benz Malaysia yang terletak di Georgetown, Penang. 

Tiada cukai yang dibayar untuk pembelian tersebut kerana ianya merupakan pembelian kerajaan. Kereta tersebut didatangkan dengan jaminan empat tahun tanpa had jarak dan ianya model yang dipasang di Pekan, Pahang.

Masih belum dapat dipastikan kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang ingin gantikan Camry 2.5V yang merupakan kenderaan rasmi kerajaan negeri, kepada kereta mewah Mercedes-Benz S300L. Masih misteri.


Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab