Jika Erma Fatima membayar saman dengan menggunakan syiling 5 sen, sebenarnya Rebecca yang untung jika dia pergi ke scrap metal untuk menjual syiling tersebut... besi yang digunakan untuk membuat syiling 5 sen ialah stainless steel, iaitu mempunyai nilai sebenar yang lebih tinggi daripada nilai muka 5 sen... berat 1 syiling 5 sen = 1.72gram, jika terdapat 224,000 = 385kg. Harga 1 kg stainless steel di pasaran dunia buat masa ini adalah lebih kurang RM30/kg. Oleh itu, nilai purata sebenar besi keluli tahan karat bagi jumlah syiling yang diberikan Erma Fatima ialah 385kg x RM30 = RM11,550.
Jika nilai muka ialah RM11,200, maka Rebecca bakal mendapat imbuhan sebanyak 11550-11200=RM350. dan jika Rebecca lebih bijak, beliau boleh menyimpan syiling tersebut, sehingga harga besi tersebut naik lebih tinggi... inilah yang berlaku pada syiling 1 sen malaysia yang diberhentikan penggunaan beberapa tahun dahulu, antara sebabnya ialah kenaikkan harga pasaran dunia copper yang nilai sebenarnya adalah lebih tinggi daripada 1 sen... harga pasaran besi stainless steel sama seperti harga emas, perak, gangsa, titanium, platinum dan sebagainya, semuanya ada naik ada turun nilai pasarannya... dan
Jika kita masih ingat, lebih kurang sepuluh tahun dahulu harga besi mild steel skrap melonjak naik, menyebabkan ramai orang yang suka mencuri besi, terutamanya besi grill rumah, gate rumah yang diperbuat daripada besi dan wrought iron, penutup lubang longkang di bandaraya, railing jejantas, divider jalan, besi skru dan nat tiang pencawang lektrik dan tiang telco (banyak kes tiang tumbang dahulu) dan sebagainya...
Tetapi harga besi mild steel agak stabil pada hari ini... kalau kita tengok cctv rakaman rompakan orang kopak grill hari ini, mereka tidak kesah akan besi tersebut. tapi keadaan berbeza suatu masa dulu, di mana pencuri mengkopak grill besi, semata-mata untuk mencuri besi tersebut, sebab ada harga... namun harga besi akan ada turun naik... dan
sekiranya Rebecca ingin untung lebih, maka dia patut tunggu harga pasaran yang pasti akan meningkat naik kerana sudah lama harga besi menjadi agak stabil.
Anda kagum dengan teori yang beliau berikan? Kumpulan Kejuruteraan Kimpalan Keluli Karat Kontemporari Kuang (7K) dimiliki oleh Pengukir muda kontemporari terkemuka Malaysia, En. Abdul Multhalib Musa. Beliau menerima banyak pengiktirafan di dalam dan di luar negara. Produk keluaran UiTM ini memang amat membanggakan. Anda boleh lihat pencapaian beliau disini. (Laman web beliau)
Komen beliau boleh dianggap kredibel kerana beliau berada di industri tersebut. Walaupun berbentuk humor, Rabecca seharusnya berfikir tentang pilihan itu!
KONGSI
& Komentar
Tweet