Friday, 6 December 2013

Kenapa artikel banjir ini patut keluar di muka depan akhbar-akhbar pro kerajaan dan pembangkang?

Posted By: TTO Admin - 6.12.13
Ramai orang kongsikan gambar penempatan sementera mangsa bencana alam antara Malaysia dan Jepun di mana penempatan di Malaysia nampak kucar kacir, tidak teratur dan sesak, manakala di Jepun penempatan sementaranya begitu selesa dan privasi dengan khemah-khemah kecil dalam tempat penempatan sementara.



Rupa-rupanya perbandingan ni bukan orang Malaysia je buat tapi orang Filipina dah buat dulu yang membandingkan tempat penempatan sementara bagi mangsa Taufan Haiyan dengan gambar yang sama untuk negara Jepun.


Sebenarnya kat Jepun pun masa baru-baru kena bencana seperti gemba bumi dan tsunami, keadaan pusat perlindungan bencana sementara dia huru hara lebih kurang macam kat Malaysia jugak.

Cuma setelah beberapa tempoh barulah penempatan sementara ini diupgrade dengan diletakkan khemah2 persendirian yang lebih privasi dan selesa seperti di Jepun ini.



Malah di negara-negara maju yang lain pun, tempat penempatan kecemasan sementara lebih kurang juga huru haranya masa awal2 terjadinya bencana alam.



Tapi kalau tengok penempatan mangsa bencana alam terutama banjir di Malaysia, daripada dulu sampai sekarang tak dinafikan memang kekal macam tu je la. Gambar2 penempatan sementara ini termasuk semasa banjir yang lepas2 di seluruh Malaysia.





Ada juga yang berkata negara lain boleh la sediakan khemah apa semua kerana biasanya diorang terpaksa tinggal lama kat situ sebab bencana alam kat sana lebih lama nak pulih macam gempa bumi, taufan, puting beliung dan tsunami. 

Bencana alam kat Malaysia biasanya cuma banjir je, biasanya banjir tak lama, dalam beberapa hari surut la air diorang dah boleh balik ke rumah masing-masing. Diorang tak perlu pun duduk kat penempatan sementara lama2 so no point kalau sediakan khemah, tilam, partition apa semua tu.

Itu aku faham, cuma aku rasa ada benda yang kita boleh perbaiki lagi dari segi pengurusan penempatan mangsa2 banjir ni. Banjir kat Malaysia ni bukannya jarang berlaku, memang kita dah boleh agak asal hujung tahun je adalah musim tengkujuh di mana hujannya lebat dan anginnya kuat menyebabkan kawasan2 di pantai timur memang selalu banjir. Tapi takkan tiap-tiap tahun macam tu jugak keadaannya? Yelah kata Malaysia negara terbaik urus banjir malah lebih bagus daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat.



Patut boleh bajet dah untuk beli dan simpan stok khemah2 perlindungan atau disaster emergency shelter untuk kegunaan mangsa2 banjir. Yelah kalau nak bina bangunan khas semata2 untuk penempatan mangsa banjir kata membazir pula, macam kata DS Shahidan Kassim - "Pembinaan pusat pemindahan banjir baru yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana".

Tapi kalau tengok keadaan di pusat pemindahan sementara di Amerika Syarikat yang menggunakan kompleks sukan, stadium, gymnasium, hangar, dewan serbaguna, sekolah dan lain2, rasa2nya mana lebih baik?


Aku faham mangsa-mangsa banjir atau bencana alam ni bukan nak mintak banyak pun, dapat tempat berteduh sementara walau tak selesa pun tidak mengapa, tak mintak pun tidur di tilam yang empuk apatah lagi duduk di hotel 5 bintang. Akan tetapi andai kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih sedikit selesanya terutama untuk golongan wanita dan kanak-kanak, yang ada privasi untuk kaum wanita terutama ibu2 yang menyusu, mereka dah berterima kasih sangat dah.

Cuma aku terfikir, andai kata rumah pemimpin kita atau para kerabatnya dan ahli keluarganya yang dilanda banjir, adakah mereka akan duduk di pusat2 penempatan sementara ini bersama yang lain atau di hotel 5 bintang? 

Komen pilihan
Kesimpulannya, ketika ini hentikan menuding jari kepada mana-mana pihak. Sepatutnya semua orang berusaha menggembleng tenaga membantu apa yang terdaya. Selepas itu barulah kenalpasti kelemahan yang ada.

Oleh : Blogger Buasir Otak


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab