Thursday, 5 December 2013

22 Gambar pasukan keselamatan & orang awam gembleng tenaga beri bantuan mangsa banjir

Posted By: TTO Admin - 5.12.13
#prayforkuantan, hashtag yang telah tersebar luas di media sosial menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia dalam bencana alam yang menimpa di Kuantan, Pahang. Marilah kita semua tidak kira apa perbezaan, sama-sama berganding bahu memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Jika tidak dapat memberi bantuan berbentuk fizikal, cukuplah sekadar hulurkan doa kepada keselamatan mereka. Kepada rakan media, Admin TTO ingin menyeru elakkan memburukkan keadaan dengan menyebarkan info yang tidak benar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai perkembangan banjir terkini di Terengganu termasuk jalan yang ditutup, boleh melayari laman web http://etindakan.terengganu.gov.my/ atau menghubungi Bilik Gerakan Bencana Negeri di talian 09-6316021.

Talian lain yang boleh dihubungi ialah Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat 09-6274277, Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat 09-6234444, Bilik Gerakan Jabatan Pertahanan Awam 09-6664233 serta Pusat Kawalan Kontinjen Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) 09-6270499. 

Dibawah gambar-gambar menunjukkan pasukan keselamatan dan orang awam sama-sama menggembleng tenaga memberi bantuan kepada mangsa banjir. Semoga Kuantan dan daerah-daerah lain serta negeri-negeri yang terjejas pulih secepat mungkin.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dan Askar Wataniah




 Pasukan SMART Majlis Keselamatan Negara

 Pasukan BOMBA

 

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Rapid Kuantan turut menghulurkan bantuan Bas

Majlis Perbandaran Kuatan (MPK)

Majlis Perbandaran Temerloh


Bantuan Selimut dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Sultan Pahang mencemar duli

DYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli membantu memasak di pusat pemindahan SUKPA.

KDYTM Tengku Mahkota


KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab