Satu siasatan daripada Forensic Food Lab membongkar serat aneh yang terdapat dalam Nugget Ayam McD. Mereka mendapati terdapat sejenis bahan asing berwarna hitam berbentuk seperti rambut melekat di dalam nugget ayam tersebut. Bahan asing berwarna biru juga turut ditemui.
Di bawah adalah gambar-gambar yang di ambil pada 15 Ogos 2013 di makmal forensik makanan Natural New.
Dalam siasatan tersebut, mereka turut menjumpai objek berwarna hijau seperta alga dan beberapa tompokan merah sekitar daging nugget ayam.
Forensic Food Lab dalam artikel yang dikeluarkan mengenai penemuan ini, mengatakan mereka tidak mendakwa Nugget Ayam McDonald tidak selamat dimakan. Namun siasatan oleh badan kesihatan berwajib mengenai komposisi objek asing tersebut perlu dilakukan.
Antara persoalan yang ditumbulkan, dari manakah struktur seperti rambut datang? Forensic Food Lab menuntut pihak McDonalds menjawab persoalan tersebut kerana ditakuti pencemaran makanan telah berlaku ketika ayam diproses.
Tidak dapat dipastikan adakah McNuggets di McDonalds Malaysia mempunyai komposisi yang sama dengan McNugget yang digunakan dalam siasatan tersebut. Namun, pendedahan ini pasti membangkitkan rasa gerun kepada peminat makanan segera ini -Sumber
Video Forensic Food Lab:
KONGSI
& Komentar
Tweet