Monday 2 September 2013

Pelakon dan juga bekas Isteri Chef Riz, Ana Dahlia nafi sedang bercinta

Posted By: TTO Admin - 2.9.13
PETALING JAYA: Pelakon Ana Dahlia menyangkal dakwaan kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki selepas hampir setahun bercerai dengan Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz.

Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 30, berkata, semenjak bercerai dia masih belum menemui sebarang pengganti dan tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

"Saya belum ada pengganti dan cerita yang keluar mengenai saya itu semuanya tidak benar," katanya kepada mStar Online.

Ana sah bergelar isteri kepada Chef Riz yang juga anak kepada tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pada 11 Disember 2011 sebelum bercerai hanya selepas 11 bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Ana berkata, dia merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuknya kembali menjalinkan hubungan cinta sebaliknya mahu memberikan fokus kepada karier lakonan yang semakin berkembang.

Jelas Ana, dia bukan serik untuk bercinta dan berkahwin lagi tetapi meletakkan soal itu kepada jodoh dan ketentuan Allah buat masa ini.

"Serik itu tidak tetapi ada benda lain yang menjadi keutamaan saya buat masa sekarang dan soal jodoh itu biarlah Allah yang menentukan," jelasnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Ana berkata dia kini sedang sibuk menyiapkan beberapa projek drama dan mengakui jadualnya semakin sibuk. -Mstar

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab