Sunday, 22 September 2013

Menteri saran bumiputera rebut kerjaya bidang insurans yang sangat menguntungkan

Posted By: TTO Admin - 22.9.13


Kuala Lumpur: Golongan belia Bumiputera perlu merebut peluang menceburi kerjaya di bidang insurans kerana pulangannya cukup menguntungkan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, di Malaysia kadar penembusan pasaran insurans masih rendah, sekali gus membuka peluang luas kepada individu dalam industri berkenaan.

“Walaupun Bumiputera menjadi majoriti di Malaysia iaitu mencecah 18 juta daripada 29 juta rakyat, jumlah ejen insurans hayat masih rendah. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Kamaluddin Ahmad berkata, kadar penembusan pasaran insurans yang rendah adalah sesuatu yang positif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII) Khatijah Abdullah berkata, penganjuran konvensyen berkenaan yang sudah masuk tahun ketujuh diharap dapat merangsang profesionalisme dan pengetahuan ejen insurans. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab